*Saya ambil daripada website www.kickstart.com.my, semua idea dan catatan adalah daripada saya.Produk ini dinamakan Helmi Helps OKU (HHO), idea awal untuk menghasilkan produk ini adalah untuk membantu Orang Kurang Upaya. Tempat letak kereta OKU akan dipasang sensor khas, dan pada kenderaan OKU pula akan diletakkan cip khas. Ini bagi membezakan kenderaan OKU dan kenderaan orang awam biasa.Alat ini membantu Orang Kurang Upaya(OKU) untuk mendapatkan tempat letak kereta. Seperti yang kita tahu, di pusat beli belah, kawasan awam dan sebagainya, orang ramai sesuka hati menggunakan tempat letak kereta OKU untuk kegunaan sendiri. Sedangkan tempat letak kereta OKU sudah disediakan khas untuk mereka sahaja. Pada alat ini terdapat sensor yang dapat menentukan sama ada kenderaan yang "parking" tersebut adalah kenderaan OKU atau pun kenderaan orang awam biasa. Bagi merealisasikan pengunaan alat ini, setiap kenderaan OKU hendaklah dipasang dengan cip khas di mana, sensor tersebut dapat mengesan kenderaan OKU apabila mereka parking di atasnya. Jika kenderaan biasa(tidak mempunyai cip khas) yang parking di tempat khas OKU melebihi 5 saat, maka siren akan berbunyi dengan kuat, dan pembesar suara akan menyuruh mereka meninggalkan tempat letak kereta yang dikhaskan tersebut. Alat ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti untuk tempat-tempat khas VIP, tempat parking teksi, bas, motosikal dan sebagainya.
Ciri-ciri;Pada asasnya, alat ini adalah ringkas. Idea asal saya, alat ini hanya mengandungi 3 komponen utama, iaitu sensor, cip, siren (alat pembesar suara). Sensor yang saya nyatakan ini akan diletakkan pada bahagian "lantai" tempat letak kenderaan OKU. Saiz sensor tersebut adalah mengikut tempat letak kereta biasa yang telah ditetapkan. Bagi mengurangkan kos pengeluaran, sensor ini mungkin hanya perlu diletakkan pada bahagian belakang atau depan lantai tempat parking OKU. Di mana, sati garisan atau petak akan diletak sebagai tanda supaya OKU tersebut meletakkan kedua-dua tayar hadapan atau belakang supaya meletakkan kenderaan mereka betul-betul diatas garisan di mana disitu mengandungi sensor tersebut. Cip khas pula boleh di letakkan sama ada dibahagian hadapan, atau belakang kenderaan OKU.
Pasaran Sasaran;Pasaraya, tempat awam, restorang makanan segera, bangunan awam, apartment, hotel, restoran, dan pusat beli belah.
Tarikan;Harapan saya, dengan kegawatan ekonomi ini terdapat syarikat besar yang sanggup melabur untuk alat ini. Pada pendapat saya, bagi menghasilkan produk ini hanya memerlukan modal yang paling minimum, namun produk ini boleh dijual sedikit mahal kerana tidak mempunyai persaingan daripada syarikat lain. Selain itu, projek-projek pembinaan bangunan, tempat tinggal, dan lot kedai adalah satu projek yang berterusan. Maka di sini, tidak mempunyai masalah untuk mencari pasaran atau pun pelanggan.
Persaingan;Setakat ini, saya perhatikan tiada persaingan. Kerana alat ini adalah pertama di dunia.
Harga;Harga untuk satu petak tempat letak kereta sekitar Rm1000.00 (anggaran sahaja)
Jangkaan;Saya menjangkakan, alat ini akan mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sektor korporat, syarikat perumahan, pemaju hartanah dan sebagainya. Kerana ini adalah alat yang pertama seumpamanya di dunia. Jika rekaan ini berjaya dan sempurna, ia adalah sesuatu yang menguntungkan bagi syarikat yang ingin melakukan usaha sama dengan rekaan saya ini.