Wednesday, December 31, 2008

Latest Update

Salam, hi semua. :) Sedikit update untuk maklumat semua pengundi dan pembaca blog ini. :) Saya sekarang sedang bekerjasama dengan seseorang untuk menghasilkan sebuah "prototype" alat ini. Selain itu, saya sekarang sedang berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan pada produk ini, seperti yang kita semua tahu nama produk ini adalah Helmi Helps OKU (H2O).

Sekarang ada sedikit perubahan pada rekaan asas produk ini, nantikan "prototype" siap nanti. InsyaAllah saya akan tunjuk kepada anda semua.

Jika anda ada sebarang idea, cadangan mahupun kritikan boleh tinggalkan pada ruangan komen di bawah. :)

Monday, December 29, 2008

Mengenai Produk Ini

*Saya ambil daripada website www.kickstart.com.my, semua idea dan catatan adalah daripada saya.

Produk ini dinamakan Helmi Helps OKU (HHO), idea awal untuk menghasilkan produk ini adalah untuk membantu Orang Kurang Upaya. Tempat letak kereta OKU akan dipasang sensor khas, dan pada kenderaan OKU pula akan diletakkan cip khas. Ini bagi membezakan kenderaan OKU dan kenderaan orang awam biasa.

Alat ini membantu Orang Kurang Upaya(OKU) untuk mendapatkan tempat letak kereta. Seperti yang kita tahu, di pusat beli belah, kawasan awam dan sebagainya, orang ramai sesuka hati menggunakan tempat letak kereta OKU untuk kegunaan sendiri. Sedangkan tempat letak kereta OKU sudah disediakan khas untuk mereka sahaja. Pada alat ini terdapat sensor yang dapat menentukan sama ada kenderaan yang "parking" tersebut adalah kenderaan OKU atau pun kenderaan orang awam biasa. Bagi merealisasikan pengunaan alat ini, setiap kenderaan OKU hendaklah dipasang dengan cip khas di mana, sensor tersebut dapat mengesan kenderaan OKU apabila mereka parking di atasnya. Jika kenderaan biasa(tidak mempunyai cip khas) yang parking di tempat khas OKU melebihi 5 saat, maka siren akan berbunyi dengan kuat, dan pembesar suara akan menyuruh mereka meninggalkan tempat letak kereta yang dikhaskan tersebut. Alat ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti untuk tempat-tempat khas VIP, tempat parking teksi, bas, motosikal dan sebagainya.

Ciri-ciri;

Pada asasnya, alat ini adalah ringkas. Idea asal saya, alat ini hanya mengandungi 3 komponen utama, iaitu sensor, cip, siren (alat pembesar suara). Sensor yang saya nyatakan ini akan diletakkan pada bahagian "lantai" tempat letak kenderaan OKU. Saiz sensor tersebut adalah mengikut tempat letak kereta biasa yang telah ditetapkan. Bagi mengurangkan kos pengeluaran, sensor ini mungkin hanya perlu diletakkan pada bahagian belakang atau depan lantai tempat parking OKU. Di mana, sati garisan atau petak akan diletak sebagai tanda supaya OKU tersebut meletakkan kedua-dua tayar hadapan atau belakang supaya meletakkan kenderaan mereka betul-betul diatas garisan di mana disitu mengandungi sensor tersebut. Cip khas pula boleh di letakkan sama ada dibahagian hadapan, atau belakang kenderaan OKU.

Pasaran Sasaran;

Pasaraya, tempat awam, restorang makanan segera, bangunan awam, apartment, hotel, restoran, dan pusat beli belah.

Tarikan;

Harapan saya, dengan kegawatan ekonomi ini terdapat syarikat besar yang sanggup melabur untuk alat ini. Pada pendapat saya, bagi menghasilkan produk ini hanya memerlukan modal yang paling minimum, namun produk ini boleh dijual sedikit mahal kerana tidak mempunyai persaingan daripada syarikat lain. Selain itu, projek-projek pembinaan bangunan, tempat tinggal, dan lot kedai adalah satu projek yang berterusan. Maka di sini, tidak mempunyai masalah untuk mencari pasaran atau pun pelanggan.

Persaingan;

Setakat ini, saya perhatikan tiada persaingan. Kerana alat ini adalah pertama di dunia.

Harga;

Harga untuk satu petak tempat letak kereta sekitar Rm1000.00 (anggaran sahaja)

Jangkaan;

Saya menjangkakan, alat ini akan mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sektor korporat, syarikat perumahan, pemaju hartanah dan sebagainya. Kerana ini adalah alat yang pertama seumpamanya di dunia. Jika rekaan ini berjaya dan sempurna, ia adalah sesuatu yang menguntungkan bagi syarikat yang ingin melakukan usaha sama dengan rekaan saya ini.

Bagaimana Untuk Mengundi?

Sila ikuti langkah-langkah di bawah;

Langkah 1.

Layari website ini http://www.kickstart.com.my/program/entrepreneur/participants/mohea.htm

atau klik banner di bawah



Langkah 2.

Cari buntton vote. Dan undi saya! :D

Seperti ini

Undi Saya Sekarang! Nescafe kickstart entrepreneur top 100

Salam semua.

Nama penuh saya Mohd Helmi bin Aliarit, berumur 23 tahun dari Banting Selangor. Niat saya mewujudkan blog ini adalah untuk menarik dan meraih sokongan anda semua bagi mengundi hasil ciptaan yang saya hantarkan untuk pertandingan Nescafe Kickstart Entrepreneur musim ke-4.

Anda semua boleh melihat Business Plan Overview atau Plan Perniagaan saya di sini www.kickstart.com.my

Setiap undi anda amat saya hargai untuk melayakkan diri ke Top 20 nanti. :)